Kolaborasi PIBKS-Sekolah

Program mengeratkan hubungan antara kumpulan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dengan Sekolah

Tayangan Amal “Memoir Seorang Guru”

Memperkenalkan sebuah inisiatif unik program Tayangan Amal Filem “Memoir Seorang Guru” sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara ibu bapa, komuniti, sektor swasta (IBKS) dan warga pendidikan sekolah

Menyediakan suatu majlis yang bakal dihadiri oleh IBKS dan warga pendidikan sekolah untuk meluangkan masa bersama, melebarkan jaringan dan mengeratkan hubungan, di samping meningkatkan kesedaran serta penghargaan kepada peranan dan jasa pendidik dalam memajukan pembangunan kemenjadian murid
Menjadi Penganjur Bersama

Manfaat Tayangan Amal

1

Memperkukuh Hubungan

Peluang ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan warga pendidik sekolah bertemu dan berinteraksi untuk membentuk semangat kebersamaan serta memperkukuh komitmen dalam menyokong usaha meningkatkan kemenjadian murid

2

Menghargai Jasa Pendidik

Untuk menyemai kesedaran serta menyegarkan rasa penghargaan kepada guru yang menjadi tulang belakang kejayaan murid seterusnya akan memotivasikan lebih ramai pihak terlibat aktif dalam usaha memperkasa pendidikan di sekolah.

3

Mengumpul Dana Pendidikan

Platform untuk mengumpul dana bagi membiayai program-program pembangunan kemenjadian murid melalui jualan tiket tayangan dan sumbangan awam. CaknaDidik menjemput organisasi yang berminat untuk menjadi penganjur bersama